Jumaat, 4 April 2014

Penjara Bawa Hamid Kembali Ke Pangkal Jalan

Institusi penjara lazimnya dilihat oleh masyarakat sebagai tempat menghukum seseorang penjenayah , namun hakikatnya banyak perkara boleh dipelajari para banduan, terutamanya dalam memperbaiki sahsiah diri.

Bagi seorang banduan yang hanya mahu dikenali sebagai Hamid, 58, dipenjara di sebalik tirai besi selama 12 tahun setelah disabitkan dengan kesalahan merogol membantunya mengenali diri sendiri dan mendekatkannya ke jalan ALLAH.

Lebih bermakna lagi perjalanan hidup di penjara bukan sahaja membawa sinar dalam hidup bapa kepada lima anak itu, malah ilmu keagamaan yang diperolehinya turut dikongsi dengan banduan-banduan lain apabila dilantik sebagai imam di Penjara Sungai Udang di sini.

“Saya berasa amat bersyukur apabila diberi peluang kedua dan bermula dari situ saya bertekad untuk berubah dengan petunjuk daripada ALLAH serta bantuan dan dorongan kakitangan penjara.

Saya bukan sahaja dapat mengubah diri saya dengan bantuan lebih lima ustaz di penjara namun diberi kepercayaan untuk membimbing rakan lain dengan ilmu agama yang saya peroleh,” katanya ketika ditemui selepas dibebaskan di Penjara Sungai Udang di sini hari ini.

Hamid yang berasal dari Johor dijatuhi hukuman penjara 18 tahun pada tahun 2002, tetapi hukumannya itu dikurangkan kepada 12 tahun sebelum menerima pembebasan 14 hari lebih awal dari tarikh sebenar pada 4 April ini dengan kelulusan Ketua Pengarah Penjara.

Bekas peneroka itu berkata dengan ilmu agama yang dimilikinya, beliau dapat membantu seramai 13 banduan khatam al-Quran dan bagi memantapkan ilmu agamanya, dia kerap mengikuti kursus dan kelas keagamaan termasuk penghayatan al-Quran, membudayakan al-Quran, ilmu tajwid dan bertarannum.

Selain ilmu keagamaan, Hamid juga memiliki pengetahuan dan kemahiran dalam seni ukiran kayu dan dia kini mampu menghasilkan apa sahaja bentuk ukiran setelah mendapat latihan di dalam bidang itu ketika berada di Penjara Ayer Molek, Penjara Kluang dan Penjara Simpang Renggam di Johor sebelum dipindahkan ke Penjara Sungai Udang pada 2010.

“Saya belajar kemahiran kayu ini agak lama iaitu sejak dipenjarakan pada 2002 sehingga 2010. Apa jua ukiran pun saya boleh buat. Ketika berada di luar (penjara), saya tidak pandai semua ini tetapi bila berada di penjara, banyak ilmu yang saya dapat,” katanya yang turut memperoleh Sijil Kemahiran Malaysia Kerja Kayu Tahap Satu ketika di penjara.

Menceritakan perasaannya apabila dimaklumkan mendapat pembebasan awal, Hamid yang digelar ‘Pak Imam’ di kalangan anggota penjara dan rakan banduan lain berkata  tiada kata yang dapat menggambarkan perasaan sebenarnya ketika itu selain rasa syukur yang tidak terhingga.

Hamid berkata pembebasan awal itu yang dimaklumkan kepadanya tiga hari sebelum ini amat bermakna kerana jauh di sudut hatinya sering menghitung hari untuk bertemu dengan anak-anak dan anggota keluarga yang lain.

“Saya berjanji akan memanfaatkan sepenuhnya peluang ini dengan mengisi hidup saya untuk hidup bersama anak-anak dan cucu,” katanya yang disambut anak keduanya yang dikenali sebagai Liz, 28, dan cucunya, Shahrizan, 6, di luar pintu besi penjara itu.

Hamid yang telah insaf dengan kesalahan lampau berharap kehadirannya akan diterima semula oleh masyarakat dan bersedia dengan pelbagai kemungkinan termasuk tohmahan mereka tentang masa silamnya.

Liz pula berkata dia dan keluarga menerima kehadiran ayahnya dengan hati terbuka dan berharap ayahnya dapat melupakan kisah silam seterusnya memulakan kehidupan baharu.

Sementara itu, Pengarah Penjara Sungai Udang Timbalan Komisioner Nor Afifi Sulong berkata pembebasan awal banduan peringkat khas itu merupakan yang pertama di penjara itu.

Beliau berkata pembebasan itu dilaksanakan berdasarkan beberapa faktor termasuk berkelakuan baik dan tidak pernah melakukan kesalahan sepanjang
menjalani hukuman. – Bernama

Pengarah Penjara Sungai Udang, Timbalan Komisioner Nor Afifi Sulong (berdiri) memberikan kata-kata semangat kepada banduan peringkat khas yang mahu dikenali sebagai Hamid, 58 (bersongkok) sebelum dibebaskan di Penjara Sungai Udang di Melaka, hari ini. - Foto Bernama

Selasa, 24 Disember 2013

Keratan Akhbar Penjara Sejahtera


klik gambar untuk resolusi besar


klik gambar untuk resolusi besar


klik gambar untuk resolusi besar

Rabu, 13 November 2013

Penjara Sejahtera

Dalam konsep kepenjaraan masa kini, penjara merupakan tempat di mana banduan akan ditahan, dikawal dan menjalani pelbagai aktiviti pemulihan sehinggalah tarikh mereka dibebaskan. Masyarakat harus menyedari bahawa falsafah kepenjaraan itu merupakan satu ukuran ketamadunan bagi kehidupan sesebuah masyarakat sesebuah negara.


Konsep Penjara Sejahtera diperkenalkan bagi tujuan memperkasakan pengurusan kepenjaraan dengan mematuhi standard antarabangsa, undang-undang dan peraturan bagi mengekalkan keselamatan, kesejahteraan dan hak-hak asasi kakitangan dan penghuni di Jabatan Penjara Malaysia.



Konsep Penjara Sejahtera merangkumi 3 aspek utama iaitu KESELAMATAN, PEMULIHAN dan PENGURUSAN.

Program Pemulihan Penjara

Jalinan Kasih Mesej Dari Penjara


We Care Pra Bebas

Perkembangan Jabatan Penjara (Lama & Baru)



Program Kebudayaan, Sukan, Sajian & Hasil Produk Penghuni

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------






    Adakah anda merasakan bahawa banduan yang telah menjalani hukuman pemenjaraan telah berubah menjadi manusia yang lebih baik dari sebelumnya? 

    Adakah anda merasakan bahawa Pegawai Penjara telah melaksanakan tanggungjawab mereka sebagai pegawai keselamatan dan pemulihan dengan sebaik-baiknya? 

    Adakah wajar pihak kerajaan memberi insentif yang tinggi kepada Pegawai Penjara yang telah menjalankan tanggungjawab mereka dalam memulihkan banduan? 

Berikan Pendapat / Ulasan anda?